Download File Air.Force.The.Movie.Selagi.Bernya...
Treler rasmi Air Force The Movie dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Golden Screen Cinemas pada 2 Jun 2022. Majlis pelancaran filem ini telah dirasmikan oleh Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang, dalam satu majlis di Pangkalan Udara Subang pada hari yang sama.[1][2]
Download File Air.Force.The.Movie.Selagi.Bernya...
Filem ini menerima ulasan positif daripada pengkritik filem. Dalam ulasannya mengenai filem ini, Haikal Fernandez dari The Vibes menulis: "Air Force The Movie: Selagi Bernyawa menyatakan maksudnya semasa penghujung kredit kerana nama dan penerangan operasi TUDM baru-baru ini, bersama gambar dan video, dimainkan di skrin. Filem ini ialah sambutan patriotik kepahlawanan, pameran bagaimana tentera kita boleh membuat perubahan".[27] Siti Athirah Dzulkifly dari Utusan Malaysia berpandangan bahawa filem ini "menyuntik semangat perjuangan dalam diri anak Malaysia".[28] Portal filem Rollo de Pelicula pula mengulas: "Namun, untuk sebuah filem aksi yang bersifat patriotik kepada negara tercinta, filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa masih sebuah filem yang menarik dan berbaloi untuk anda tonton terutamanya jika anda menyukai elemen aksi dan suka menonton nilai-nilai kemanusiaan yang terhakis seandainya sesuatu perang terjadi".[29] 041b061a72